Friday, January 4, 2013

Let's Change

Assalammualaikum wbt,

Sedar tak sedar kita dah pun masuk tahun 2013, Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt kepada kita, masih diberikan peluang untuk bernafas sehingga hari ini.

Apa azam kalian kali nie?

Azam saya yang paling utama ialah terus berusaha memperbaiki (perubahan) diri ke arah yang lebih baik dan diberikan kekuatan serta kesabaran utk menghadapi cabaran akhir zaman.

Apa yang dimaksudkan dengan perubahan?

Katakanlah (wahai Muhammad) : " Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa: sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani (Az-zumar 39:53)

amat mustahil untuk kita menjadi seorang manusia yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi lebih baik daripada yang tidak bersedia utk melakukan perubahan. 


Thursday, January 3, 2013

Aurat Wanita Jangan ambil Mudah


Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Menjadi satu kewajipan kepada seluruh wanita islam untuk menutup aurat tanpa perlu menyoalkan kenapa perlu berbuat demikian. Tutuplah aurat seperti yang digariskan kepada wanita islam.


"Wanita Hiasan Dunia, Seindah hiasan adalah wanita Solehah"

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

Wednesday, August 8, 2012

Mee Goreng Mamak

Alhamdulilah, kali nie saya cuba buat Mee Goreng Mamak untuk Berbuka Puasa. Ambil resepi dari Chef Hanieliza.



1 bungkus mi kuning
100 gm daging - hiris nipis
1 peket kek ikan - hiris nipis
1 peket bebola okan - hiris nipis
1 cawan kerang - ita tambah
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar - boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar - cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau - hiris nipis
1 kiub ikan bilis - ita tambah
2 sudu besar udang kering - ita tambah (kisar)
2 ulas bawang putih - ita tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
Masukkan kicap dan mi. Kacau rata.
Ketepikan mi dan pecahkan telur ditengah2 kuali. biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
Biarkan mi sedikit kering.
Siap untuk hidangan.

IFTAR RAMADHAN


Alhamdulillah..Terima Kasih kepada Imam Muda Azlan Zulkarnain, Nik Muhammad Adib dan Nuri Ali sudi hadir untuk sama2 menjayakan program bersama anak2 yatim dan fakir miskin semlm di Pusat Jagaan Lambaian Kasih. dan tak lupa juga pada crew2 yg menjayakannya Nur EsaAhmad Syuhairi IdrisAzrina NonAmeerah SamsudinFara HamdanAzuwa Azahar, Saiful Hizami, Syahmi. walaupun ada sedikit kekurangan tapi kalian dah buat sebaik mungkin. 

Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” Ketika mensabdakan hadits ini Rasulullah saw. berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya. Ini menerangkan kepada kita bahwa jika kita sentiasa menyayangi dan menolong anak yatim maka nanti kita akan mendapatkan balasan berada dekat dengan Rasulullah SAW. insyaallah =)






Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.