Thursday, April 19, 2012

Roti Gulung Sosej Berkeju



Menu yang sangat simple...waktu petang mcm nie layan pulak dengan kopi panas uiskk...memang urmmm....so share resepi kat bawah nie. SELAMAT MENCUBA =)

Resepi :-

Bahan-Bahan

Minyak
6 keping Roti ( ikut korang nak berapa keping)
4 Batang Sosej belah 3  (ikut korang kalo xnak belah pun xpe)
1 pek Keju Cheddar
8 keping Biskut kering ( dihancurkan)
2 biji telur di pukul

Cara-caranya :-

Roti yang telah dibuang kulitnya ditekan sehingga nipis dan dibelah 2 dan Keju Cheddar pun dibelah 2. kemudian, gulung roti tadi dengan sosej dan keju dengan kemas. Sapu sedikit telur yang telah dipukul duhujung roti, lepas tu gulung dengan kemas. Rendam roti yang telah digulung ke dalam telur sehingga rata. Selepas itu, salut roti dengan biskut kering yang telah dihancurkan. akhir sekali goreng dengan minyak yang telah dipanaskan sehingga kekuningan.

Thursday, April 12, 2012

Allah is the Best Listener


Janganlah mudah mengeluh dan merasakan apa yg dilalui sebg teruk dan sedih. Mungkin ketika melaluinya kita mudah merasakan ia adalah sesuatu yg cukup-cukup menderita. Tapi percayalah...di penghujung nanti, Allah telah persiapkan sesuatu yg indah buat kita. Cuma kitalah yg perlu bersabar. 

- petikan dari Buku Tuhan sedang menguji kita Ustaz Kazim Elias

Friday, March 23, 2012

Laksa Sarawak Hj. Manan



Abdullaah ibn Haarith [PBUH] said: "I never came across a person who smiled as much as Prophet Muhammad [PBUH]. Prophet Muhammad [PBUH] regarded smiling to a brother as an act of charity."
[Tirmidhi] 

Monday, February 13, 2012

Spaghetti Bolognese


Resepi :-

Bahan-Bahan

500 gram spaghetti (1 peket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (saya guna cendawan kering) - terpulang pada citarasa masing2.
1 kiub stok daging lembu (saya guna kiub stok Ayam)
1/2 sudu teh herba Oregano 
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter

Cara-caranya

Spaghetti:
Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese : 
Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

Biar mendidih lebih kurang 10 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.


NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!




Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.