Wednesday, August 8, 2012

Mee Goreng Mamak

Alhamdulilah, kali nie saya cuba buat Mee Goreng Mamak untuk Berbuka Puasa. Ambil resepi dari Chef Hanieliza.



1 bungkus mi kuning
100 gm daging - hiris nipis
1 peket kek ikan - hiris nipis
1 peket bebola okan - hiris nipis
1 cawan kerang - ita tambah
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi
3 sudu makan cili kisar - boleh tambah sekiranyer mahu lebih pedas
1 sudu makan rempah kari
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar - cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau - hiris nipis
1 kiub ikan bilis - ita tambah
2 sudu besar udang kering - ita tambah (kisar)
2 ulas bawang putih - ita tambah (kisar)
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kisar , bahan kisar, kiub ikan bilis dan rempah kari. Biarkan garing dan harum.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kek ikan dan bebola ikan. ita masukkan sekali kerang. Masak dan biarkan sebentar.
Masukkan kicap dan mi. Kacau rata.
Ketepikan mi dan pecahkan telur ditengah2 kuali. biarkan telur masak sedikit barulah dikacau dan digaul rata.
Masukkan sawi dan taugeh. kacau rata. Rasakan garam dan gulanyer.
Biarkan mi sedikit kering.
Siap untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.