Monday, July 19, 2010

Jangan Berputus Asa

Bila engkau letih & hilang semangat, Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka,
Allah telah mengira titisan air matamu,

Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu,
Bila engkau kebuntuan akal,
maka Allah adalah penunjuk jalan..
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah.

FirmanNya

katakanlah "" wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" -Surah al-Zumar 39:53

Orang yang menyedari hakikat dunia sebagai ujian, dia akan terus berusaha kerana dia memiliki dua unsur motivasi dalam dirinya. Pertama, dia tahu bahawa hidup adalah ujian dan yang Kedua, dia tahu bahawa apa jua yang dilakukannya akan mendapat ganjaran di akhirat kelak.Oleh itu, kita sebagai hambanya janganlah berputus asa untuk berusaha unutk terus menjadi khalifah di mukabumi ini..Allah tidak pernah putus asa kpd hamba-nya, malah melarang hamba-Nya berputus asa..Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.