Monday, September 26, 2011

Semarak Syawal & Mesra Kaseh Bersama Warga Emas dan Anak2 Yatim

Tarikh : 24-25 Sept. 2011
Tempat : Rumah Warisan Kaseh, Banting
Program : Semarak Syawal 


Terima kasih kepada semua staff SALAM, Para Penyumbang dan Sukarelawan SALAM yang hadir dan yang telah menjayakan Program Semarak Syawal bersama Warga Emas Warisan Kaseh dan Anak2 yatim Asnaf  As-Solihin yang bertempat di Warisan Kaseh, Kg. Sg. Kelambu Timur Banting Selangor.

-----------------------------------------------------------------

Alhamdulilah program berjalan dengan lancar, First time sampai kawasan Banting, thanks for Nadhira yg jadi kor pilot aku...kalo takde dia mau sesat tak sampai2 ke destinasi..thanks Nadhira...sampai je kitaorg dekat Rumah Warisan Kaseh, agak teruja bila tengok kawasan tersebut...sangat cantik..

aktiviti pertama sesi ramah mesra bersama Keluarga angkat, dimana sukarelawan angkat diberikan atuk serta nenek dan adik angkat....tapi aku hanya dapat adik angkat je

nie adik angkat saya "adik emi" (orphan child asnaf as-solihin)...

Ecah yang sgt chomel dan rajin..sedang sibuk memotong agar-agar..
embah menganyam ketupat, sebab cucu tak reti menganyam reti makan je..
sempat lagi posing!!!! maaf saya tau saya gemokkk skg...huhuhuhu penangan raya makan tak henti2..
sesi menganyam ketupat
adik sapa lah tu..emi cayok!!!!
Yang belakang tu tok memang suka sangat menyibuk...huhuhuhu..atuk2 dekat sini kalo korang boleh cakap bahasa jawa memang disayang lebih sedikit...sebab bahasa utama dorang bahasa Jawa ye...
makan time..sambil menyembang dengan kanak-kanak
antara yang terlibat...

Moral of the story :
Anak-anak yatim adalah amanah Allah s.w.t., orang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan seadil-adilnya. Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak. 

No comments:

Post a Comment

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.