Monday, February 13, 2012

Sayur Campur


Bahan-Bahan :-
Resepi untuk Makan 2 orang


2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang Besar - ditumbuk
3 batang jagung muda - dipotong (ikut suka nak potong macam mana)
1 batang lobak merah - dipotong (ikut suka nak potong macam mana)
5 batang Sweet pea - dipotong 3
5 gram Brokoli
4 ketul Nugget yang dipotong Kecil.

1 sudu makan tepung jagung
1/2 Kiub Ayam ( dihancurkan)
Garam secukup rasa

(Note : Untuk Sayur korang boleh pilih sayur apa yang korang suka tak semestinya ikut mcm saya )



Cara memasak:
1. Panaskan minyak  di dalam kuali. Tumis bawang putih & bawang Besar hingga naik bau.
2. Selepas tu Masukkan Nugget yang telah dipotong Kecil. 
( saya gunakan Nugget so terpulang dekat selera masing-masing nak gunakan apa. Ayam / daging / udang / sotong ke )
3. Selepas itu masukkan jagung muda, lobak merah, brokoli dan sweet pea. Kacau hingga sebati.
4. Selepas tu masukkan 1/2 kiub ayam yang telah dihancurkan. Kacau hingga sebati. 
( kalo dah guna kiub tak perlu taruk garam)
5. Kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
6. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
7. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.