Thursday, April 19, 2012

Roti Gulung Sosej Berkeju



Menu yang sangat simple...waktu petang mcm nie layan pulak dengan kopi panas uiskk...memang urmmm....so share resepi kat bawah nie. SELAMAT MENCUBA =)

Resepi :-

Bahan-Bahan

Minyak
6 keping Roti ( ikut korang nak berapa keping)
4 Batang Sosej belah 3  (ikut korang kalo xnak belah pun xpe)
1 pek Keju Cheddar
8 keping Biskut kering ( dihancurkan)
2 biji telur di pukul

Cara-caranya :-

Roti yang telah dibuang kulitnya ditekan sehingga nipis dan dibelah 2 dan Keju Cheddar pun dibelah 2. kemudian, gulung roti tadi dengan sosej dan keju dengan kemas. Sapu sedikit telur yang telah dipukul duhujung roti, lepas tu gulung dengan kemas. Rendam roti yang telah digulung ke dalam telur sehingga rata. Selepas itu, salut roti dengan biskut kering yang telah dihancurkan. akhir sekali goreng dengan minyak yang telah dipanaskan sehingga kekuningan.

No comments:

Post a Comment

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.