Friday, January 4, 2013

Let's Change

Assalammualaikum wbt,

Sedar tak sedar kita dah pun masuk tahun 2013, Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah swt kepada kita, masih diberikan peluang untuk bernafas sehingga hari ini.

Apa azam kalian kali nie?

Azam saya yang paling utama ialah terus berusaha memperbaiki (perubahan) diri ke arah yang lebih baik dan diberikan kekuatan serta kesabaran utk menghadapi cabaran akhir zaman.

Apa yang dimaksudkan dengan perubahan?

Katakanlah (wahai Muhammad) : " Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa: sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani (Az-zumar 39:53)

amat mustahil untuk kita menjadi seorang manusia yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjadi lebih baik daripada yang tidak bersedia utk melakukan perubahan. 


1 comment:

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.