Sunday, February 21, 2010

4 Golongan Munafik

Pengkhianat, pendusta, mungkir janji dan mengetepikan kebenaran membawa bencana kpd manusia


Golongan munafik wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Mereka berpura-pura mengikut ajaran Islam tetapi pada hakikatnya mereka menyimpang daripada Islam. Jika kita sama-sama lihat di zaman skg ini terlalu banyak umat Islam dikategorikan munafik. Hanya beragama Islam tetapi tidak mengamalkan suruhan Islam.


Firman Allah " Apabila orang-orang munafik dtg kepadamu (wahai muhammad), mereka berkata: " Kami mengakui bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta." (al-Munafiqun ayat 1)

Dalam Al-Quran sendiri menerangkan dgn begitu jelas tentang orang Munafik malah menamakan satu surah al-munafiqun bagi mengambarkan bahayanya golongan tersebut.

Ketika zaman Rasullulah s.a.w mereka ini berdolak-dalih apabila diminta keluar utk berjihad ke jalan Allah s.w.t.

Allah s.w.t merakamkan keadaan ini menerusi firman-Nya yang bermaksud " Dan juga dgn tujuan ia hendak melahirkan dgn nyata akan orang yg munafik yg dikatakan kpd mereka. Marilah berperang pada jalan Allah (utk membela Islam) atau pertahankanlah (diri, keluarga, dan harta benda kamu)"..
Mereka menjawab :" Sekiranya kami mengetahui bagaimana berperang, tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)." -surah al-imran ayat 167

Ulama mengelaskan golongan munafik kpd dua :

Pertama, munafik I'tiqadi iaitu kepercayaan dlm hati. Mereka hanya beriman kpd Allah secara luaran. Mereka ini hanya berlakon di khalayak ramai, tetapi mendustakan agama Allah yg membawa Rasul-Nya.Golongan itu terkeluar daripada agama Allah...Subahanallah...

Kedua, munafik Amali iaitu berkaitan dgn perbuatan. Rasulullah menjelaskan dlm hadisnya "Tanda org munafik itu ada tiga; apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain, Rasullualh s.a.w bersabda yg bermaksud;" Ada empat perkara, sesiapa yg melakukannya maka ia adalah seorg munafik yg jelas. Sesiapa yg melakukan salah satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianati, apabila ia bercakap ia dusta, apabila ia berjanji ia mungkir dan apabila ia bertengkar ia mengetepikan kebenaran. (menegakkan benang yg basah)-Hadis riwayat al-Bukhari

Sedarlah wahai teman-temanku sekalian, fitrah kita sebagai manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Oleh itu, kita sebagai hambanya hendak lah sentiasa memohon keampunan dan memohon supaya kita tidak berada di dalam golongan ini..serta sentiasa mengukuhkan dan meningkatkan keimanan di dalam diri..insyaallah..

1 comment:

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.