Friday, April 2, 2010

Ubah diri sebelum ubah masyarakat

Ramai org minta org lain berubah. Sering ditanya tidak kira pada anak-anak, para remaja, keluarga dan sebagainya dgn persoalan kenapa tidak berubah? kenapa?

Sebenarnya rahsia perubahan bermula dgn diri sendiri. "tiada kaum yg dpt mengubah selain diri kita sediri", Jika kita hendak mengubah keluarga, ubah diri dulu. Jika diri berubah, masyarakat pun turut berubah.

Malah, hendak ubah negara pun bermula dgn perubahan diri sendiri. Jika hendak ubah org lain, tetapi kita sendiri tidak mengubah diri kita maka org lain akan mentertawakan kita.

Bagi mereka yg tidak mahu berubah mereka banyak menghabiskan waktu, tenaga serta fikiran utk perkara seperti memikirkan kesalahan org lain, memburukkan org dan melalaikan org tetapi lupa membetulkan diri sendiri.

Ada yg berani membuka keaiban org, membincangkan keburukan org, tetapi jarang sekali berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai org berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit org terima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan Islam didasari dgn saling nasihat-menasihati."

Kita perlukan jiwa-jiwa yg hebat utk mewarisi negara dlm menghadapi cabaran global yg sgt hebat kini. manusia yg berjiwa besar adalah mereka yg berkongsi serta kekuatan dgn org yg lebih berpengalaman.

Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan org lain melihat dan merasakannya, memberi pengaruh kpd org sekitarnya. Dia menjadi dorongan kpd org lain utk berubah. kita tidak boleh menguasai hati org utk berubah dan org pun payah utk menguasai diri kita. Yang penting kita menggunakan kekuatan yg ada utk dimanfaatkan org yg rapat dgn kita.

Mula-mula ubah diri kita barulah org lain. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai org berkata : " Payahnya hendak ubah remaja", "isteri degillah" pekerja keras kepala", Jawapan sebenarnya perlu melihat dlm diri kita, jgn terlebih dahulu meyalahkan org lain.

Mereka memang tetap melakukan kesalahan, tetapi kita juga ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yg tidak kena. Rasullulah diutus bagi mengajak dan memberi contoh terbaik buat umatnya.

Kita banyak mengajak, tetapi kurang contoh baik. Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan. Berinteraksilah, jgn berkonfrantasi. Sayangilah jgn membenci. Perubahan bermula dari diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.