Thursday, March 17, 2011

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة)

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang tidak seberapa, tentang surah al-fatihah, surah yang lazim kita baca hari-hari ketika kita melakukan solat dan ramai dikalangan kita yang masih tidak faham betapa pentingnya surah ini terutamanya di dalam solat kita seharian.

Persoalan disini ialah adakah bacaan al-Fatihah kita ketika di dalam solat sempurna ? adakah bacaan kita dikira atau pun tidak ?

Para Ulama membahaskan masalah tersebut dengan mengatakan bahawa tidak sah solat orang yang membaca Al-Fatihah tetapi didalam bacaannya masih ada kesalahan besar yang mencacatkan bacaan tersebut. Diantara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf makraj dengan betul atau meninggalkan mana-mana bacaan tasydid didalam al-fatihah dan lain-lain.

Ini kerana surah Al-Fatihah adalah satu rukun Qauli dalam Solat. Ia rukun yang penting dan jika dibaca secara tidak sempurna ia boleh menjejaskan solat seseorang dan makna sebenar surah tersebut.

Kesilapan-Kesilapan Besar yang sering Berlaku yang mencacatkan Bacaan Al-Fatihah.


1. Hufuf Ba (ب) dalam lafaz Bismillah tidak dijelaskan sebutannya sehingga kedengaran dilafazkan seperti 'ismillah'.

2. Huruf Ha Maftuhah (ح) pada kalimah الْحَمْدُ dilafaz dengan huruf Ha Murbuthohه) (

3. Huruf Ro' (ر) pada kalimah الرحمن dan الرحيم dibaca dengan nipis dengan bunyi Ra.

4. Kalimah ملك dibaca dengan bersabdu ((ملكِّ menjadikan sebutannya seperti 'Ma likki'.

5. Bacaan pada kalimah إِيَّاكَ 'iyyaaka' dibaca tanpa sabdu menjadikan bunyinya seperti 'iyaaka'.

6. Huruf (ص) pada ayat اهدِنَــــا الصِّرطَ المُستَقِيمَ dan صِرَطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ dibaca dengaan bunyi huruf (س) .

7. Huruf (ق) pada kalimah المُستَقِيمَ pada ayat اهدِنَــــا الصِّرطَ المُستَقِيمَ tidak ditebalkan 'qim' dan dibunyikan seperti huruf (ك) 'kim'.

8. Huruf ) ذ ( pada kalimah صِرَطَ الَّذِينَ dibunyikan dengan huruf (ز) .

9. Huruf (ت) pada kalimah أَنعَمتَ عَلَيهِمْ dilafazkan seperti 'tak'.

10. Huruf (غ) pada kalimah غَيرِ المَغضُوبِ dibaca dengan huruf . (ر)

11. Huruf (ض) pada kalimah غَيرِ المَغضُوبِ dibaca dengan huruf (د)

12. Kalimah الضَّالِّينَ tidak dipanjangkan dengan kadar 6 harakat.

Peringatan :
tidak sah solat seseorang sekiranya melakukan kesalahan-kesalahan tersebut melainkan jika dia telah berusaha memperbetulkan bacaannya dihadapan guru tetapi lidahnya masih tidak mampu untuk menyebutnya dengan betul kerana Allah swt tidak membebankan apa yang kita tidak mampu.

Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu ini. kita semua dapat memperbetulkan bacaan Al-Fatihah ini dan silalah rujuk kepada orang yang lebih arif tentang Tajwid ini untuk memperbaiki atau mempertingkatkan ilmu anda semua.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud ‘Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula kepada yang lain.’

2 comments:

  1. Renung2kan dan selamat beramal semua

    ReplyDelete
  2. yelah ramai terlepas pandang benda nie sebenarnya..padahal benda nie paling penting hari2 buat tapi solat tak diterima sebab salah bacaan kan rugi buat letih je solat betul tak

    ReplyDelete

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata..Allah sedang mendidikmu tentang sifat Sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'. lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti Redha.